APABILA LANGIT TERBELAH
From: "Love Me" To:
Marhaintua@Hotmail.com Subject:
Apabila Langit Telah Terbelah.... Date: Wed, 14 Jun 2000 13:59:19 MYT
Assalamualaikum
wbt.Mt.
I've decided not to write in FGR for the time being, as I've told you earlier.
But I'll continue writing to FEU or Mindarakyat using different nick which I'll
acknowledge you later, insya-Allah.
Apakah tanda-tanda di langit itu?Boleh elobrate tak? Kiriman gambar yang saya
dapat itu awan yang berbentuk bunga ros dengan cahaya hijau seperti daun
di tepinya, disertai dengan terjemahan firman ALLAH dalam surah AlRahman ayat yang
ke 37 dan 38,yang berbunyi..
"Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah
mawar seperti (kilapan) minyak. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu
dustakan?"... kalau saya tidak silap.
Insya-Allah saya akan terus menulis kpd saudara, sebagaimana saya juga berharap saudara juga terus menulis dan memberi berita
kepada saya. Walau bagaimana pun saya akan terus membaca forum di FGR itu from time
to time. Pesan saya, saudara dan rakan-rakan yang lain berhati-hatilah kerana PWTC dan Bukit
Aman sedang berganding bahu memantau penulis-penulis laman dan peserta-peserta forum yang
vocal. Mereka juga, saya rasa, sedang memasang perangkap di normal chat room
yang lain.
Salam hormat dan wassalam.
14/6/2000
Jawapan MT
Dari satu masa ke satu masa saya ada menerima beberapa feedback
daripada beberapa pihak yang memantau setiap saluran komunikasi yang dianggap
'antiesteblishment'. Sebagai seorang yang pernah berada di seberang sana tentu saya masih
mempunyai sahabat dan anak-didik yang masih setia kepada orang lama. Pernah saya menulis
dengan tajuk 'Antara sumpah-sumpah dan sumpah' sebagai sindiran kepada para
reformis. Samada ini difahami ataupun tidak wallahhua'lam.
Sebagai seorang lama
saya sendiri pun sudah merasakan bahang yang melanda. Tetapi saya lakukan semua ini sebagai
jihad yang tidak ada patah-baliknya. Saya sudah pasrah seperti pasrahnya saya ketika
berada di Pakistan/Afghanistan membantu para mujahid Afghanistan dulu. Cuma saya
tidak pernah menceritakan pengalaman ini. Cukup dulu sebagai pengalaman memberi ingatan
kepada anak bangsa apa erti jihad itu.
Bukan setakat lari ketika melihatkan pancutan air
berwarna sedangkan ketika menulis di laman reformasi begitu bersemangat seperti esok sudah
hampir tidak ada. Saya pernah menjadi mujahid dan lari antara tengkorak dan bangkai
manusia yang mati terkorban. Saya sudah tidak tahu lagi menangis kerana terlalu banyak
nyawa yang hilang di depan mata.
Saya sudah tidak tahu lagi hidup mewah kerana sudah
menyaksikan apa ertinya kebuluran, walaupun satu ketika dulu saya berpeleseran dengan limo
berjenama seperti Rolls Royce, Lotus dan Rover. Semua ini adalah pengalaman berharga yang
saya bawa pulang sebagai bekalan untuk dicurahkan kepad anak bangsa. Inilah janji saya
kepada Allah di saat ketika malaikat hampir mencabut nyawa di padang pertempuran yang
penuh berdarah ketika para mujahid cuba bertahan daripada musnah oleh manusia kafirun yang
satu ketika dulu beragama Islam.
Inilah ciri-ciri yang semakin jelas kini berputik
dan semakin berbunga di tanah kelahiran saya dan saudari juga. Satu ketika dulu saya
punyai wang yang banyak yang saya sedekahkan kepada perjuangan jihad di perantauan. Kini
saya pulang tanpa wang itu; yang tinggal hanya keazaman untuk menentukan agar ciri-ciri
yang berputik ini tidak akan terus berbunga dan berbuah hingga menjadi satu Afghanistan
yang baru.
Fikirkanlah dulu perkara ini....!!!
-MT-
|